SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

SEJARAH

Pendahuluan
Sudah melebihi 130 tahun lamanya, Palang Merah yang kini wujud hampirdalam semua negara di dunia ini, telah berdiri teguh sebagai sebuahorganisasi bantuan dalam masa perang atau aman, meluaskan aktivitinyadalam berbagai bidang dan menyatu
kan berbagai-bagai manusia..

Pertempuran


Idea Palang Merah tercetus dalam hati dan pemikiran seorang anak mudaberbangsa Swiss bernama Henry Dunant semasa beliau berada di MedanPertempuran di Solferino, di Utara Itali dalam bulan Jun 1859.
Pada 24 Jun 1859, bala tentera dari Austia dan tentera PerikatanPerancis – Sardinia telah bertempur sepanjang hari berhampiran denganSolferino, sebuah kampung di utara Itali. Ramai yang tercedera - lebihkurang 40 000 terkorban, tercedera atau hilang. Pada ketika itu,perkhidmatan perubatan tentera belum lagi wujud untuk memberi bantuan ;


doktor dan jururawat lazimnya dianggap sebagai kombatan dan biasanyaditembak ataupun dijadikan tawanan perang. Merata-rata didapatipenderitaan dan kesengsaraan dan ramai yang tercedera dan mati akibattidak mendapat rawatan.
Mereka yang tercedera telah dibawa ke kampung-kampung yang berdekatanuntuk mendapat apa jua rawatan. Di sebuah gereja di Castiglione, HenryDuna
nt ( yang berpakaian putih ) yang terpegun dan ngeri melihatpenderitaan anggota-anggota tentera yang tercedera, mula melancarkanpertolongan dengan bantuan penduduk-penduduk setempat. Bantuan diberitanpa mengira pakaian seragam dan bangsa mereka, hanya menganggapmereka sebagai anggota-anggota yang menderita tanpa senjata yangmemerlukan pertolongan. Dunant sedih melihat pembunuhan yang berlaku,jeritan kesakitan daripada mereka yang tercedera dan keadaanpenderitaan orang-orang tawanan perang.


Kenangan di Solferino
Sekembali di Switzerland, Henry Dunant menumpukan tenaga dan masanyakepada kejayaan suatu impian untuk memastikan bahawa penderitaan yangngeri yang telah disaksikannya itu tidak akan berulang lagi. Beliaumenulis “Kenangan di Solferino”, sebuah buku yang membawa kesan yangmendalam. Ia merupakan permulaan kepada suatu usaha kemanusiaan yangtidak pernah wujud sebelumnya. Buku tersebut yang diterbitkan padabulan November 1862 telah “mencuit perasaan dan hati kecil insan didunia”.



Satu Tanda Sejarah
Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untukmemulakan kegiatan kemanusiaannya. The Societe Genevoise d’UtilitePubligue yang dipengerusikan oleh Gustav Moynier seorang peguam muda,telah menunjukkan minatnya terhadap saranan ynag dikemukakan olehDunant. Bersama-sama Dunant, Guillaume – Henri Dufour, Louis Appia danTheodore Mounior, Gustav Moynier dengan tidak berlengah lagi mulamenubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yangtercedera.


Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa AntarabangsaPalang Merah ( Internasional Committee of the Red Cross – ICRC ).Jawatankuasa ini telah bertindak tegas : walaupun sebagai sebuahpertubuhan persendirian, ia muncul dalam arena antarabangsa denganmengadakan satu persidangan wakil-wakil negara.



Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat diGeneva daripada 26 hingga 29 Oktober 1863 dan bersetuju meluluskanRevolusi Jawatankusa Geneva. Negara-negara tersebut bersetujumewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang berkenaan di negaramereka masing-masing bagi membantu tugas-tugas perkhidmatan perubatantentera. Kemudian status berkecualian bagi mereka yang tercedera danjuga yang merawat dan menjaga mereka, telah dimaktubkan dalam satusuratcara diplomatic. Pekerja-pekerja bantuan dan alat-al
at perubatanmereka akan dilindungi oleh sebuah lambang khas : Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih.



Lambang ini muncul di medam pertempuran tidak beberapa lamakemudiannya. Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus di antaraPrussia dan Denmark. Jawatankuasa tersebut menghantar Dr. Louis Appiauntuk bertugas dengan tentera Prussia. Palang Merah pada kainpergelangan tangannya telah membantu pergerakannya di medan peperangan.Walau bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan dibeberapa buah negara hasil daripada persidangan tahun 1863, terutama dinegara Jerman, telah menghadapi beberapa masalah di medan perang.Tugas-tugas mereka memerlukan pengiktirafan secara rasmi. Ini hanyadapat dilakukan dengan mengadakan suatu persidangan yang dihadiri olehwakil-wakil kerajaan negara yang diberi kuasa untuk melibatkan diribagi pihak negara masing-masing.


Oleh yang demikian, pada bulan Ogos 1864, Kerajaan Switzerland di atasgesaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, telah mengadakan satu“persidangan Diplomatik” di Geneva yang dihadiri oleh wakil-wakildaripada 12 buah negara. Konvensyen Geneva bagi memperbaiki keadaantentera yang cedera di medan pertempuran telah ditandatangani pada 22Ogos 1864 oleh wakil-wakil 12 buah negara tersebut dan disusuli olehnegara-negara lain kemudiannya.


Kemunculan Konvesyen Geneva yang pertama itu membuka satu lembaranpenting dalam sejarah manusia. Sebelum itu, peperangan danundang-undang sesuatu yang tidak dapat diselaraskan. Konvensyen Genevayang pertama menunjukkan bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakanwalaupun dalam masa perang dan mengenakan peraturan-perataurankemanusiaan yang tertentu kepada anggota-anggota kombatan.


Persidangan tersebut juga mengesyorkan satu rancangan yang istimewauntuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera,hospital tentera, dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor ini telahditerima pakai dalam Konvensyen Geneva. Konvensyen tersebut mengandungi10 artikel dan mengenalkan apa-apa yang dipanggil Dunant“Keberkecualian”. Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagaianggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Anggota-anggota awam yangmemberi bantuan kepada mereka yang tercedara haruslah dihormati.Anggota-anggota tentera yang tercedera atau sakit hendaklah dilayanitanpa mengira bangsa mereka. Ambulan tentera dan hospital-hospitaldiiktiraf sebagai berkecuali. Lambang Palang Merah dijadikan suatusymbol istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.


Konvensyen tahun 1864 merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalammasa perang di antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Pe
rangSepanyol – Amerika tahun 1898, dan Perang Russia – Jepun tahun 1904.Dalam jangkamasa selepas Konvensyen Geneva Pertama ditandatangan,Palang Merah sering dijemput untuk bertugas di medan perang. Pertubuhantersebut juga mengadakan persidangan-persidangan yang mengumpulkandelegasi-delegasi daripada Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan, dari JAPM( ICRC ), dan wakil-wakil negara yang menjadi pihak kepada KonvensyenGeneva. Tujuan persidangan-persidangan tersebut adalah untukmencadangkan penerimaan pakai rukun-rukun antarabangsa yang baru yang berasaskan kepada pengalaman.


Persidangan pertama diadakan di Paris dalam tahun 1867 : berikutnyadiadakan di Berlin (1869), Geneva (1884), Karlsruhe di Rome (1892),Vienna (1897), dan Saint Petersburg (1902). Pengasas-pengasas PalangMerah ini bertugas mewujudkan Persatuan-persatuan Kebangsaan yang baru.Mereka menubuhkan 22 Persatuan Kebangsaan dalam masa 10 tahun yangpertama. Semua Negara di Eropah, termasuk Russia dan Turki, bersetujumenerima Konvensyen tahun 1864.



Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Russia, Turki telahmemberitahu Kerajaan Swiss senagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa iaakan menggunakan untuk ambulansnya lambang bulan sabit merah sebagaiganti palang merah. Ini telah diikuti oleh kebanyakan negara-negaraIslam kemudiannya.



Lambang Pergerakan


1.Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepadaSwitzerland (Palang Merah yang berlatarbelakangkan adalah warna-warnabendera Kebangsaan Swiss yang terkalih), telah diwujudkan dengan satutujuan yang tertentu : untuk menentukan perlindungan bagi mereka yangtercedera di masa perang dan anggota-anggota yang menjaga dan merawatmereka. Apa jua penyalahgunaan lambang ini seperti yang termaktub dalamKonvensyen Geneva (seperti mengangkut tentera dalam ambulans, mengibarbendera palang merah di atas tempat simpanan peluru…) akan menimbulkanbencana pada sistem keseluruhannya dan merupakan suatu pelanggaran yangseriaus terhadap Undang-undang Antarabangsa.



2.Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russiaselama enam bulan, tiba-tiba mengumumkan kepada Majlis PersekutuanSwiss, sebagai penjaga konvensyen Geneva, bahawa lambang palang merahmenghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya dan oleh yangdemikian, mereka akan menggunakan lambang bulan sabit merah untukperkhidmatan ambulans mereka.



3.Langkah tersebut telah diikuti oleh banyak negara-negara Arab ataunegara-negara yang mempunyai ramai penduduk muslim. Dua puluh enan buahnegara sekarang menggunakan lambang bulan sabit merah untuk menandakanorang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.Begitu juga dengan Persatuan Kebangsaan mereka yang menggunakan namaPersatuan Bulan Sabit Merah. Kedua-dua lambang ini, Palang Merah danBulan Sabit Merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.Walau bagaimanapun, negara-negara hendaklah memilih lambang mana yangdigunakan dalam sesuatu persidangan diplomatic.



4.Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawalpenggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di ataskenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan dan pembinaan dan jugaoleh orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut merekayang tercedera akibat perang. Justeru itu, adalah dilarang menggunakanlambang ini bagi tujuan perniagaan dan publisiti.



5.Walau bagaimanapun, ada suatu pengecualian : Persatuan Palang Merah danBulan Sabit Merah adalah dibenarkan menggunakan lambang ini untukmengenalpasti bangunan-bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaankepunyaan mereka.



6.Anggota mereka sering memakai pakaian seragam dan insignia yangmenggunakan lambang tersebut. Dalam hal ini, lambang tersebut mestilahkecil, supaya tidak terkeliru dengan lambang perlindungan pada masaperang.



7.Pada tahun 1923, Iran menggunakan lambang yang lain : Singa Merah danMatahari. Walau bagaimanapun, pada tahun 1980, ianya telah digantidengan Bulan Sabit Merah.
(Petikan daripada Booklet ‘F’ – The International Red Cross and Red Crecent Movement).



Penggunaan Lambang


Untukmenentukan bahawa lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah digunakansebagai lambang pelindung dan pada masa yang sama boleh juga digunakanoleh Persatuan Kebangsaan sebagai Lambang Persatuan, satu sistem bagimelindungi penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Genevatahun 1949.



Peraturan-peraturan ini telah diperluaskan lagi oleh Protokol I tahun1977 adalah berdasarkan kepada perbezaan pnggunaan lambang sebagaitujuan pelindung ( protective ) dan sebagai tujuan pengenalan (indicative ).



Penggunaan Sebagai Pelindung ( Protective Use )Sebagaialat pelindung, lambang ini digunakan dalam masa perang untukmelindungi anggota-anggota atau alat-alat seperti anggota-anggotaperubatan, bangunan kenderaan dan sebagainya. Pada umumnya, penggunaancara ini adalah hak sesebuah negara dan perkhidmatan perubatan tenteramereka.


Selain daripada perkhimatan perubatan tentera, Persatuan Kebangsaanyang membantu perkhidmatan perubatan ketika dalam masa perang jugaberhak menggunakan lambang tersebut sebagai lambang pelindung tetapidalam masa perang sahaja.

Penggunaan lambang sebagai alat pelindung juga boleh digunakan olehJawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( ICRC ) dan Persekutuan ( IFRC), dan anggota-anggota mereka, sama ada bagi tujuan perubatan atausebaliknya. Mereka boleh menggunakannya sebilang masa.



Apabila digunakan sebagai alat pelindung, lambang tersebut hendaklahbesar saiznya bersesuaian dengan bangunan atau kenderaan yangmenggunakan, supaya ianya jelas kelihatan dari jauh. Seumpama lambangpelindung yang dipaparkan di atas bumbung hospital, di atas dek atau disebelah tepi kapal hospital dan di sebelah tepi kenderaan yangmengangkut orang-orang sakit.








SEJARAH PBSM DI MALAYSIA



Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:



" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".



Cawangan Sabah


Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.



Cawangan Sarawak


Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.



Cawangan Semenanjung Malaysia


Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.




AKTA PERTUBUHAN



Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :



1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.



2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.



3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini