SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

AKTIVITI PBSM BERSAMA AHLI PRS

2/11/2012 (JUMAAT): Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya SKPTLDM telah mengadakan aktiviti bersama dib teluk Batik dan turut disertai oleh guru penasihat iaitu Cikgu Hashim, Cikgu Norbi, Cikgu Herda Yanti, Cikgu Zuhana, Cikgu Azyyati dan cikgu Zuliadi. Aktiviti diadakan pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan akhir tahun.

Sebelum jamuan diadakan ahli PRS dan PBSM mengadakan aktiviti atau permainan kreatif yang dikendalikan oleh guru-guru penasihat. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menguji tahap kesabaran, emosi, kreativiti, kerjasama dan penyelesaian masalah dikalangan ahli dan jelas ia sangat mencabar dan menyeronokkan

Seterusnya peserta menjamu selera bersama-sama guru penasihat dengan pelbagai hidangan yang disediakan. Kehadiran ahli-ahli PRS dan PBSM ke program akhir tahun ini dihantar sendiri oleh ibu bapa mereka dan keselamatan semua ahli adalah terkawal. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli PRS dan PBSM, guru penasihat, ibu bapa/penjaga dan juga pihak pentadbir sekolah dengan sokongan yang diberikan kerana program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM DIADAKAN:-

Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini